Saturday, December 18, 2010

Satu Ketika Dulu

Assalamualaikum.

Aku baru jer lepas tengok cite lagenda budak setan..tak jemu lah nak tengok berulang2...gembira, syok, seronok, suka, duka,, tangis, hiba...serba lengkap untuk kehidupan kita ni..

Aku kembali terkenang beberapa tahun yang lepas pertemuan aku dan si suami tersayang...bibit2 cinta antara kami...walaupun tak semesra akasyah & ayu..aku bersyukur masih ada orang yang menyayangi aku...

Alhamdulillah bibit2 cinta itu menghasil kan sebuah perkahwinan yang indah, mesra, ikhlas..tenang, syukur alhamdulillah aku bertemu si dia...

Sewaktu mula2 kami berjumpa dan menyemai kasih sayang, kami malu2 berjalan bersama, makan bersama..dating berdua..memang tak mudah untuk kami laku kan acara berdating tu...

Sesuatu yang pelik, pengalaman aneh bagi aku...aku gembira berlalu nya pengalaman dating waktu bercinta dulu..kini tiada lagi dating namun kami masih bercinta...syukur kami mengakhiri nya dengan cepat..alhamdulillah...aku gembira bersama mu ..


Sunday, December 5, 2010

"Ayam Tumis Serai"

Assalamualaikum

Selamat tengahari..mesti korang sibuk nak prepare lauk untuk tenghari ni...apa kata korang cuba resipi pilihan aku untuk tengahari ini..

Ayam Tumis Serai

Bahan A :

  • 1 ekor ayam
  • 1 1/2 santan kelapa
Bahan B :

  • 5 tangkai cili api (dikisar)
  • 1 gram kunyit hidup (dikisar)
  • 1 gram halia (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 2 helai daun kunyit
  • 1/2 sudu besarr cili giling
  • 60ml minyak masak
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
Cara Membuat nya :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan B hingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam dan biarkan selama 10 minit
  3. Tuangkan santan dan masak hingga ayama empuk
  4. Masukkan asam keping dan secukup garam
  5. Biarkan hingga masak dan angkat
Selamat Mencuba...

Thursday, December 2, 2010

"Udang Goreng Asam"

Assalamualaikum

Resipi Pilihan hari ni cukup simple & mudah jer..

Udang Goreng Asam

Bahan2

  • 1 kg udang besar (terpulang lah kalu nak masak sikit, tak yah la sampai 1 kg)
  • 30ml air asam jawa pekat
  • garam & gula secukup rasa
  • minyak masak untuk mengoreng

Cara membuatnya :

  • Bersihkan udang & tos airnya
  • Gaul kan udang bersama perahan air asam jawa yang pekat berserta garam & gula
  • Perapkan selama 30minit
  • Panaskan minyak & goreng udang hingga masak

Selamat Mencuba

Sentiasa Indah

Assalamualaikum

Baru2 ni aku terbaca satu artikel dalam majalah dan menarik minat aku untuk menulis blog..

Tip Perkahwinan Sentiasa Indah..

  • Yakin dan pasti bahawa jodoh yang ditentukan adalah yang terbaik utnuk kita dan redha dengan nya. Terima suami atau isteri seadanya

  • Sentiasa berdoa agar bahagia, jodoh berpanjangan dan rumah tangga berjalan dengan baik

  • Sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan

  • Sering melakukan aktiviti bersama.

  • Jaga percakapan. Cakap dengan baik dan lembut walaupun semasa bertengkar. Jangan guna bahasa kesat ketika bergaduh

  • Jangan mengungkit hal lama seperti pemberian atau kebaikan yang pernah kita beri kepada pasangan

  • Jaga penampilan