Sunday, November 21, 2010

Pelik tapi Benar


Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah aku n Mr Husband dah selamat sampai ke destinasi yang dituju...alhamdulillah.

Dikala ni aku n suami baru check in kat sebuah chalets yang biasa2 jer., puas kitaorg cari merata cherating ni bilik/chalets/apartment tapi sume dah full...yelah kan sekarang dah kul berapa....

Nilah yang dikata kan tak merancang perjalanan...memang kitaorg tak merancang pun nak pergi bercuti @ datang ke cherating ni...ni sume main redah jer kul 5 service kereta, alignment la, tukar tayar lah (tayar 2nd jew) balancing lah...sampai kul 7 malam...waktu tulah suami ku mengajak gi bercuti..aku ni ikut jer walaupun tak berapa sihat sebenarnya..

Pelbagai rintangan kami lalui gan hujan tak berhenti nya lah, dengan jalan yang tak de signboard lah, kelakar pun ada, nak bising pun ada jugak...tapi aku tak sampai hati nak ckp gan en suami sebab dia yang plan macam ni...hehehehe...belasah jer lah

Dah ler kitaorg dah cari merata2 tempat utk tdo beberapa jam ni sblum matahari terbit esok pagi, last dapat chalets kat duyung...duyung pun duyung ler...tapi duyung lah sangat...per hampeh bilik dorang...tapi nak wat cmne dah terpaksa..redah jer lah...pastu lah waktu kat reception, wat muka pulak bila tanya ada bilik ke tak? apa ingat kitorg ni pasangan kekasih datang nak wat projek ke?...tolong ckit, kitaorg ni suami isteri yang sah tau.....kalau tak caya ambik lah dokumen sbagai rekod...ni tak, takde rekod, tak de resit...dorang tak kisah pun sapa dorang nye guest janji ada duit...ish2 ...salah tu..

Dah tu bila dapat kunci bilik, kitaorg yang penat ni ingat nak terus tido jer tapi terkejut tengok keadaan chalets ni..dari luar blh nampak sapa yang ada dlm bilik (so kalu nak skodeng pun bleh)..dah tu cadar nye biasa jer...bilik air boleh intai dari luar...ish2 seram nye...tu boleh tahan lagi sbb murah jer budget utk chalets ni tapi yang aku nak gelakkan tu msg kat papan chalets ni...huhuhu...kalu dah tahu mcm tu ke...sila lah rekod info guest atau pun minta sijil kahwin ke...so bleh mengelak kan dari berlaku nya perkara yang tak diingini...



0 comments:

Post a Comment