Sunday, November 28, 2010

(SABTU)petang

Assalamualaikum.

Pagi ni aku terbaca suatu nota yang mungkin di tuju kan pada aku @ mungkin hanya luahan si suami..

(SABTU) petang

Ya Allah entah kenapa dengan tak semena aku telah marah isteri aku dengan teruk. Ya Allah semakin aku hendak berubah, semakin kuat dugaan, godaan syaitan laknatullah menghasut aku. Ya Allah semakin kuat aku ingin mengingati, aku hendak kembali pada Mu, Bermacam2 hasutan aku dapat. Ya Allah aku akan usaha & terus dengan niat untuk kekal mengubah diri aku untuk Mu. Ya Allah, Demi Engkau Tuhan ku Yang Mana Pencipta. Ya Allah walaupun jatuh, bangun, & jatuh, aku akan tetap akan bangun kembali untuk terus tinggalkan perkara yang lepas, untuk isteri yang aku cintai, untuk keluarga yang aku kasihi & demi Allah, Rasul, Nabi & Sahabat Nabi yang teramat amat aku cinta, kasih. Ya Allah hari ini aku telah buat isteri aku menangis kerana aku.

Dear, syg, B mnta maaf banyak2 kerana apa yang jadi bukan salah dear. B yang telah penat, telah lepaskan marah pada dear. Dear, semakin B nak berubah bermacam macam godaan pada B jadi. Syaitan tak kan berhenti melainkan B sendiri yang akan berhentikan segala gala peranan syaitan pada diri B. Dear, B memang bersungguh hendak berubah, semua untuk Dear & keluarga kita kelak, B harap Dear maafkan B..

Sungguh aku terharu membaca nota ni yang ditulis oleh suami semalam..tak sangka dapat baca nota ni. Silap aku jugak mengajak suami ku pergi ke rumah kawan yang tak pernah kami kunjung. Aku dah cakap tak yah datang, rehat je tapi nak datang pulak...pastu tak jumpa rumah, kesian. Mana lah nak tahu jalan si suami...aku pulak bagi direction salah..walaupun salah sikit jer jalan, tah dah kemana suami ku semalam...naik angin lah suami aku maklumlah orang baru habis kerja terus menghala ke rumah kawan ku yang tak tahu kat mana hala....biasalah gaduh sikit2...sedang kan lidah lagi tergigit ...

B, dear maafkan B..dear pun nak minta maaf pasal semalam..dear doakan yang terbaik untuk kita ..dear akan bantu B, dear sentiasa ada disamping B, insyaAllah. B, dear akan support B walaupun apa pun, insyaAllah, macam yang B tulis hanya Allah yang akan pisahkan kita kelak...

No comments:

Post a Comment