Sunday, February 6, 2011

RocK TerLampaU Ganaszzzz

Family Day



























Assalamualaikum

Lama tak tulis blog..kekurangan masa.kali ni aku tak nak tulis hanya nak upload gambar yang tak berapa banyak sebab aku injured masa lepas sampai kat situ..so aku banyak mendiam kan diri jer...

tengok je lah gambar..







Saturday, December 18, 2010

Satu Ketika Dulu

Assalamualaikum.

Aku baru jer lepas tengok cite lagenda budak setan..tak jemu lah nak tengok berulang2...gembira, syok, seronok, suka, duka,, tangis, hiba...serba lengkap untuk kehidupan kita ni..

Aku kembali terkenang beberapa tahun yang lepas pertemuan aku dan si suami tersayang...bibit2 cinta antara kami...walaupun tak semesra akasyah & ayu..aku bersyukur masih ada orang yang menyayangi aku...

Alhamdulillah bibit2 cinta itu menghasil kan sebuah perkahwinan yang indah, mesra, ikhlas..tenang, syukur alhamdulillah aku bertemu si dia...

Sewaktu mula2 kami berjumpa dan menyemai kasih sayang, kami malu2 berjalan bersama, makan bersama..dating berdua..memang tak mudah untuk kami laku kan acara berdating tu...

Sesuatu yang pelik, pengalaman aneh bagi aku...aku gembira berlalu nya pengalaman dating waktu bercinta dulu..kini tiada lagi dating namun kami masih bercinta...syukur kami mengakhiri nya dengan cepat..alhamdulillah...aku gembira bersama mu ..


Sunday, December 5, 2010

"Ayam Tumis Serai"

Assalamualaikum

Selamat tengahari..mesti korang sibuk nak prepare lauk untuk tenghari ni...apa kata korang cuba resipi pilihan aku untuk tengahari ini..

Ayam Tumis Serai

Bahan A :

  • 1 ekor ayam
  • 1 1/2 santan kelapa
Bahan B :

  • 5 tangkai cili api (dikisar)
  • 1 gram kunyit hidup (dikisar)
  • 1 gram halia (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 2 helai daun kunyit
  • 1/2 sudu besarr cili giling
  • 60ml minyak masak
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
Cara Membuat nya :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan B hingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam dan biarkan selama 10 minit
  3. Tuangkan santan dan masak hingga ayama empuk
  4. Masukkan asam keping dan secukup garam
  5. Biarkan hingga masak dan angkat
Selamat Mencuba...

Thursday, December 2, 2010

"Udang Goreng Asam"

Assalamualaikum

Resipi Pilihan hari ni cukup simple & mudah jer..

Udang Goreng Asam

Bahan2

  • 1 kg udang besar (terpulang lah kalu nak masak sikit, tak yah la sampai 1 kg)
  • 30ml air asam jawa pekat
  • garam & gula secukup rasa
  • minyak masak untuk mengoreng

Cara membuatnya :

  • Bersihkan udang & tos airnya
  • Gaul kan udang bersama perahan air asam jawa yang pekat berserta garam & gula
  • Perapkan selama 30minit
  • Panaskan minyak & goreng udang hingga masak

Selamat Mencuba

Sentiasa Indah

Assalamualaikum

Baru2 ni aku terbaca satu artikel dalam majalah dan menarik minat aku untuk menulis blog..

Tip Perkahwinan Sentiasa Indah..

  • Yakin dan pasti bahawa jodoh yang ditentukan adalah yang terbaik utnuk kita dan redha dengan nya. Terima suami atau isteri seadanya

  • Sentiasa berdoa agar bahagia, jodoh berpanjangan dan rumah tangga berjalan dengan baik

  • Sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan

  • Sering melakukan aktiviti bersama.

  • Jaga percakapan. Cakap dengan baik dan lembut walaupun semasa bertengkar. Jangan guna bahasa kesat ketika bergaduh

  • Jangan mengungkit hal lama seperti pemberian atau kebaikan yang pernah kita beri kepada pasangan

  • Jaga penampilan

Sunday, November 28, 2010

Berdua Lebih Baik

Assalamualaikum.

Nota aku ni aku nak tujukan khas untuk suami yang di sayangi..

Hafezul Ezry,

Tanpa diri mu disisi aku terasa kehilangan
Tanpa suara mu aku hilang panduan
Tanpa senyuman mu aku kemurungan
Tanpa gelak mu aku keresahan



















(SABTU)petang

Assalamualaikum.

Pagi ni aku terbaca suatu nota yang mungkin di tuju kan pada aku @ mungkin hanya luahan si suami..

(SABTU) petang

Ya Allah entah kenapa dengan tak semena aku telah marah isteri aku dengan teruk. Ya Allah semakin aku hendak berubah, semakin kuat dugaan, godaan syaitan laknatullah menghasut aku. Ya Allah semakin kuat aku ingin mengingati, aku hendak kembali pada Mu, Bermacam2 hasutan aku dapat. Ya Allah aku akan usaha & terus dengan niat untuk kekal mengubah diri aku untuk Mu. Ya Allah, Demi Engkau Tuhan ku Yang Mana Pencipta. Ya Allah walaupun jatuh, bangun, & jatuh, aku akan tetap akan bangun kembali untuk terus tinggalkan perkara yang lepas, untuk isteri yang aku cintai, untuk keluarga yang aku kasihi & demi Allah, Rasul, Nabi & Sahabat Nabi yang teramat amat aku cinta, kasih. Ya Allah hari ini aku telah buat isteri aku menangis kerana aku.

Dear, syg, B mnta maaf banyak2 kerana apa yang jadi bukan salah dear. B yang telah penat, telah lepaskan marah pada dear. Dear, semakin B nak berubah bermacam macam godaan pada B jadi. Syaitan tak kan berhenti melainkan B sendiri yang akan berhentikan segala gala peranan syaitan pada diri B. Dear, B memang bersungguh hendak berubah, semua untuk Dear & keluarga kita kelak, B harap Dear maafkan B..

Sungguh aku terharu membaca nota ni yang ditulis oleh suami semalam..tak sangka dapat baca nota ni. Silap aku jugak mengajak suami ku pergi ke rumah kawan yang tak pernah kami kunjung. Aku dah cakap tak yah datang, rehat je tapi nak datang pulak...pastu tak jumpa rumah, kesian. Mana lah nak tahu jalan si suami...aku pulak bagi direction salah..walaupun salah sikit jer jalan, tah dah kemana suami ku semalam...naik angin lah suami aku maklumlah orang baru habis kerja terus menghala ke rumah kawan ku yang tak tahu kat mana hala....biasalah gaduh sikit2...sedang kan lidah lagi tergigit ...

B, dear maafkan B..dear pun nak minta maaf pasal semalam..dear doakan yang terbaik untuk kita ..dear akan bantu B, dear sentiasa ada disamping B, insyaAllah. B, dear akan support B walaupun apa pun, insyaAllah, macam yang B tulis hanya Allah yang akan pisahkan kita kelak...

Sunday, November 21, 2010

Nasib ...


Assalamualaikum

Pagi ni aku masih kat chalets duyung cherating. Kitaorg bgun awal padahal tdur pukul 4 pagi tadi...waktu ni blum breakfast lagi...huhu, kitaorg ingat nak check out awal dari sini pas tu gi cari makan then balik kl..

Perjalanan nak ke sini semalam mengambil masa yang lama, yelah dengan hujan tak berhenti, lapar, nak terkucil lg..macam2...sekali tadi mandi laut 1 jam jer...hmmm. Nasib tak baik, tengah syok nak ambil gambar facing laut konon nye sekali tu bateri kamera abis pulak...so tak de lah gambar mandi laut sebab aku sibuk patah balik chalets nak cas bateri kamera...ish2...kempunan aku nak ambil gambar mandi laut...

1st time aku datang sini, pantai nya bersih, jernih tak macam pantai pd, pantai pengakalan balak...ok, seronok aku, alhamdulillah walaupun aku yang tak berminat nak datang sebab tak sihat..syukur

Semoga kitaorg selamat pulang kl, insyaAllah.


Alhamdulillah dah sampai genting sempah, en suami ajak naik genting pulak...seram jugak ye..maklumlah tak pernah naik kereta gi genting..lagi pun tak pernah berjalan berdua gi genting..takut pun ada..boleh ke sampai atas, lepas ke...


Pelik tapi Benar


Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah aku n Mr Husband dah selamat sampai ke destinasi yang dituju...alhamdulillah.

Dikala ni aku n suami baru check in kat sebuah chalets yang biasa2 jer., puas kitaorg cari merata cherating ni bilik/chalets/apartment tapi sume dah full...yelah kan sekarang dah kul berapa....

Nilah yang dikata kan tak merancang perjalanan...memang kitaorg tak merancang pun nak pergi bercuti @ datang ke cherating ni...ni sume main redah jer kul 5 service kereta, alignment la, tukar tayar lah (tayar 2nd jew) balancing lah...sampai kul 7 malam...waktu tulah suami ku mengajak gi bercuti..aku ni ikut jer walaupun tak berapa sihat sebenarnya..

Pelbagai rintangan kami lalui gan hujan tak berhenti nya lah, dengan jalan yang tak de signboard lah, kelakar pun ada, nak bising pun ada jugak...tapi aku tak sampai hati nak ckp gan en suami sebab dia yang plan macam ni...hehehehe...belasah jer lah

Dah ler kitaorg dah cari merata2 tempat utk tdo beberapa jam ni sblum matahari terbit esok pagi, last dapat chalets kat duyung...duyung pun duyung ler...tapi duyung lah sangat...per hampeh bilik dorang...tapi nak wat cmne dah terpaksa..redah jer lah...pastu lah waktu kat reception, wat muka pulak bila tanya ada bilik ke tak? apa ingat kitorg ni pasangan kekasih datang nak wat projek ke?...tolong ckit, kitaorg ni suami isteri yang sah tau.....kalau tak caya ambik lah dokumen sbagai rekod...ni tak, takde rekod, tak de resit...dorang tak kisah pun sapa dorang nye guest janji ada duit...ish2 ...salah tu..

Dah tu bila dapat kunci bilik, kitaorg yang penat ni ingat nak terus tido jer tapi terkejut tengok keadaan chalets ni..dari luar blh nampak sapa yang ada dlm bilik (so kalu nak skodeng pun bleh)..dah tu cadar nye biasa jer...bilik air boleh intai dari luar...ish2 seram nye...tu boleh tahan lagi sbb murah jer budget utk chalets ni tapi yang aku nak gelakkan tu msg kat papan chalets ni...huhuhu...kalu dah tahu mcm tu ke...sila lah rekod info guest atau pun minta sijil kahwin ke...so bleh mengelak kan dari berlaku nya perkara yang tak diingini...



Saturday, November 20, 2010

Aduh ai...

Ya Allah rasa macam tak tertanggung sakit yang aku alami ni...sampai macam tu sekali aku rasa setiap kali sakit ni datang. Kadang2 aku terfikir adakah orang lain sama sakit macam aku @ teruk lagi ke dari aku ni? Soalan aku tak terjawap, untuk menyedap kan hati aku, aku fikir yang orang lain sakit lagi teruk dari aku.

Sungguh tak selesa berkeadaan macam ni...serba tak kena, nak baring, nak tidur sume tak menyenangkan menyakitkan...aduh ai ai...

Ada orang kata sakit tu sebenarnya meringankan dosa kita, betul ke? Aku pun selalu beranggapan sakit itu meringankan dosa2 aku tak terkira tu...Ya Allah ampun kan dosa2 aku...namun ku mohon agar Kau kurang kan kesakitan aku...

Semoga Urusan Lancar

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah aku masih menikmati keindahan dunia ni..syukur aku masih dapat bangun dari tidur ku pagi ni...

Aku bersyukur atas segala rahmat Allah pada ku sekeluarga..semalam baru aku nampak bayang file rumah aku, syukur sekurang kurang nya nampak lah sesuatu dari tak tahu apa cite langsung...syukur. aku dah lama appoint lawyer untuk buat documentation aku tapi belum ada paper so lawyer tak boleh nak buat apa lagi...sekarang dah nampak cikit jalan cite nye...mungkin minggu depan dorang anta surat instruction kat lawyer kot...ni baru permulaan walaupun aku dah lama booking rumah ni...jauh lagi perjalanan proses rumah aku (insyaAllah kalau ada rezeki, kita hanya merancang Allah yang menentukan). Walaubagaimana pun aku sabar menanti cuma aku harap dapat masuk rumah cepat...insyaAllah

Walaupun rumah yang aku nak beli ni jauh dari orang ramai, namun tempat tu masih lagi sibuk..biar jauh mana pun aku perlu positif sebab aku yang pilih rumah ni untuk masa depan keluarga kitaorg..mula2 kitaorg akan rasa jauh tapi bila dah hari2 berulang alik insyaAllah dah tak rasa jauh lagi...apapun kena beli rumah ikut kemampuan kan - dekat ke jauh ke kalau mampu sikit, sikit lah je

Thursday, November 18, 2010

Semoga Selamat...

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidiladha. Aku baru je sampai rumah setelah beberapa hari beraya di rumah keluarga mentua...biasalah aku kena ikut cakap suami...

Waktu ni hujan lebat kat rumah ni...syukur alhamdulillah...beberapa jam yang lalu aku dapat berita yang kawan aku dah nak bersalin...aku doa kan semoga dia selamat melahirkan dan sihat sejahtera, insyaAllah.

Dalam masa yang sama aku tengok fb kawan lama masa belajar dulu, syukur aku tumpang gembira, baru jer kahwin dah mengandung, bunting pelamin...syukur rezeki dia...rezeki aku tah bila agaknye...namun aku menanti gan sabar, tabah dan insyaAllah aku tak putus berdoa....

Ya Allah biarlah yang terbaik dari Engkau untuk ku serta keluarga dan rakan2...insyaAllah...amin

Friday, November 5, 2010

"Tolak Bala dengan Sedekah"

Assalamualaikum

Orang2 yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda Rasulullah SAW, sbb :
"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah"
"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah"
"Ubatilah penyakitmu dengan sedekah"

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana takut kita salah memberi, macam yang pengemis ditepi2 jalan, yang meminta-minta, kita beranggapan mereka malas bekerja. Padahal prasangka kita yang demikian adalah bisikan syaitan laknatullaah yang tidak rela melihat kita bersedekah. Sebaiknya hendaklah kita hilangkan prasangka demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan Rasul Nya yang mengajurkan umatnya untuk selalu bersedekah.

Sedekah kita walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah SWT. Orang yang bakhil dengan tidak bersedekah sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya.




Saturday, October 30, 2010

Debaran

Assalamualaikum.

Salam pagi Sabtu.cuaca hari ni sejuk2 mendung jer...hujan dari pagi, alhamdulillah...namun kesian nya suami ku pergi keje kena hujan, lambat pulak tu...semoga selamat sampai...

Tugas aku mcm biasa pagi sabtu ni-mengemas, membasuh, melayan fb, blog( ni bukan tugas pun...hehehe).nanti suami balik semua dah ok, alhamdulillah..

Sejak sebulan dua ni tak senang duduk aku dibuat nya...biasa lah aku hal rumah, rumah sewa ni ha, rumah nak dibeli lagi...kadang2 bila rasa lega sikit, hal berita update status pulak, bila dah tahu status mula lah aku gelisah, serba tak kena...

Selagi masalah rumah ni tak selesai, selagi tu lah aku dok fikir kan masalah tu masalah ni...walhal pemprosesan rumah tu lambat lagi, jauh lagi, tah sempat ke tak sampai waktu tu...(smoga sempat lah Ya Allah)...sabar jer lah kan...

Apapun aku berdoa agar dipermudahkan segala urusan kami suami isteri...smoga bertambah rezeki kami untuk urusan masa hadapan, insyaAllah...amin

Saturday, October 23, 2010

Alahai Bising nya

Assalamualaikum.

Aku memang stress duduk rumah hujung minggu..bukan nak kata malas nak duduk rumah tapi masalah dengan jiran2 wat aku stress betul duk rumah...waktu hujung minggu ni lah kitaorg nak release tension, nak rehat2, nak santai2 kat rumah...

Apa lah nasib aku dapat jiran yang tak bertamadun...waktu ni aku terpaksa mendengar bunyi bising yang amat kuat...kalu lah aku boleh rakam & upload betapa bising nye dorang..tak salah nak pasang radio tapi jgn la kuat2 sangat..mcm dia jer ada radio..

Tu satu, ada lagi yang pengotor yang sanggup biarkan rumah kotor sampai menjejas kan kwasan persekitran jiran2...ada tu sanggup buang sampah dari atas ke bawah..akal tak de ke? nape tak buang sampah ikut saluran yang betul...ish2...dah tu rumah kitaorg jadi mangsa bila sampah2, sisa2 makanan dorg bersepah kat beranda kitaorg...ish2 sakit nya hati tngok..aku tak tahu dorg ni dari planet mana..tak bertamadun lansung..

Ya Allah, biarlah cepat2 aku dapat rumah, dapat aku pindah dari sini...tak tahan nya dengan persekitaran kat sini..Ya Allah bantu lah kami suami isteri melalui hidup kat sini..

tunjuk Perasaan

Assalamualaikum.

Dah lama aku tak menulis..aku bukan nye apa sibuk survey2 rumah untuk didiami..baru aku tahu susahnya nak memiliki sebuah rumah..maklum je lah ni baru 1st house kitaorg...

Mcm2 perkara kena survey & kena ambik kira...semua nye melibatkan $$$$$ sampai nak juling mata aku fikir pasal $$$$$ ...huhuhu.

Antara masalah lain aku tak melayan blog pasal internet ni..jap2 prob..so tunjuk perasaan xnak bayar servis dorang hold dulu, at the end aku kena bayar lah jugak sebab aku sendiri nak guna...hahahha..nak protes lah konon, tak nak bayar, tak nak guna...ingin boleh tahan la tak melayari internet berbulan...tak boleh tahan beb..ni lah dapat guna balik.

Aku ini bukan apa, ada masa internet smooth jer, ada masa slow nye alahai...bila call servis centre dorg kata tak de masalah ok jer...ish..boring jwpan tu..byar jer lah, guna jer lah

Saturday, October 9, 2010

Pening pening serabut pusing




Assalamualaikum.

Sebulan 2 ni aku sibuk dok mencari rumah utk diduduki...terlalu excited nak mencari, mnduduki shingga aku lupa nak membeli rumah tu nak pakai apa kalu duit x ckup dlm tangan...hahaha...pening2..sblum ni tak pernah nak mnyimpan tuk mbeli rumah sebab blum terfikir nak membeli rumah, ingat nak sewa jer dulu...aku myewa pun dah hampir 2 tahun..environment kat cini tak best lah.. tapi tu cuma salah 1 sebab kenapa nak beli rumah..sebab utama aku berfikir sampai bila aku nak terus myewa tapi tulah masalah lain nye aku tak myimpan.

sebelum aku fikir pasal membeli aku dah pun survey rumah2. rumah biasa2 jer..aku dah pun booking rumah dari pmaju, kami masih lagi mnunggu draft spa...land search yg tak dapat2 dri 2 mggu lepas...aku risau jer, takut loan tak lepas jer...maklum lah bukan gaji tinggi pun namun bersyukur masih ada gaji...

Sekarang ada pulak rumah yang lebih kurang sama utk dijual...aku pun bercelaru..aku rasa macam nak survey rmh tu, hehee..so aku called owner & inquiry lah...alhamdulillah dapat owner yg ok yg blh mlayan soalan2 aku...so timbul lg masalah duit...ish2 kalu ada banyak banyak banyak duit dalam tangan kitaorg soal duit tak timbul, bayar jer berapa...

ni mcm2 nak kena kuar duit...duit spa (free kalu beli dr developer), duit loan documentation, mrta (blh jugak masuk dlm loan, tapi byk lah loan amount nanti)..tu proses mbeli dah dapat rumah pulak satu lagi cite, kalu beli dari pemaju rumah kosong, yang asas nye nak kena masuk nama kat tnb, kat syabas ke lagi, pastu lampu, kipas..yang assesori lagi kabinet tu kabinet ni...yang penting yang asas duit jgk...yg lain tu nak kena ada jgk maklumlah rumah sendiri tapi slow2 lah skit2 cari duit...

Duit duit duit...bukan nya orang senang nak dapat duit sekejap jer...kalau ada rezeki tak kemana, tunggu jer lah insyaAllah.

Ya Allah serabut nya kepala aku ni...Ya Allah permudahkan lah urusan jual beli rumah ni, permudah kan lah urusan kami untuk beli rumah...permudah kan lah kewangan kami, murah kan lah rezeki kami suami isteri....berilah aku petunjuk Mu Ya Allah, jalan mana yang patut kami ambil, sesungguh nya Kau Maha Mengetahui...Ya Allah permudah kan lah segalanya, insyaAllah

Saturday, September 25, 2010

Cadangan : Tak Sambut

Assalamualaikum.

Bulan syawal masih belum berakhir, ramai yang masih membuat rumah terbuka dalam bulan syawal ni...masih banyak jemputan raya yang belum dihadiri...

Walaubagaimanapun tahun ni aku & kwn admin mcadang kan bahawa tiada jamuan hari raya di buat kat ofis kerana mengenangkan kakak yg bekerja di ofis kami baru kematian suami nya dalam 2 minggu sebelum raya...kami tak sampai hati nak bergembira sedangkan masih ada yang duka...seminggu sebelum raya lagi aku telah myuarakan pendapat aku pada kawan2 terdekat dan syukur alhamdulillah mereka bersetuju dengan cadangan aku...

Namun kami masih ingin myambut nya di luar kawasan ofis bagi tidak menyinggung kan perasaan kakak tu...dan telah lama kami bercadang akan jamuan ni, insyaAllah...Ya Allah kami mohon pada Mu semoga majlis yang kami buat nanti berjalan dgn lancar dan diberkati Mu Ya Allah..insyaAllah, amin

Ya Allah semoga niat kami utk tidak menyinggung perasaan kakak tu tercapai...insyaAllah

Kegembiraan Orang, Kegembiraan aku juga namun...

Haaaaa panjang tajuk kali ni..kegembiraan orang kegembiraan aku juga namun kegembiraan itu mjadi kesedihan aku jua...huuuu

Baru2 ni masa jumpa kengkwn aku dpt tahu berita gembira yang seorg lagi kwn aku tgh expecting...alhamdulillah aku bersyukur dan tumpang gembira...

Namun jauh di sudut hari kegembiraan itu mula mjadi kesedihan aku apabila aku terfikir yang aku masih belum dikurnia kan rezeki tu....aku masih sabar menanti kurniaan dari Yang Maha Esa tu...
aku juga ini merasa kan nikmat dari pemberiaan Allah tu, aku ingin berasa gembira seperti orang lain...namun apa kan daya belum sampai rezeki aku lagi, aku bersyukur atas pemberian lain dari Yang Maha Kuasa..aku bersyukur dengan apa yang aku ada sehingga hari ni, syukur pada Mu Ya Allah...

Aku sentiasa berdoa agar aku diberi kurniaan yang besar seperti orang lain, insyaAllah...moga aku terus bersabar dengan ujian dan cabaran akan datang, insyaAllah...

Jumpa Juga


Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah cuti hari ni dapat rehat2 (aku mmg selalu berehat pun...hehehehe). Hari ni ramai yang ajak gi open house..sori tak dapat join, tak de transport.

Hari khamis jumpa member2, biasa lah sapa lagi kan..kitaorg gi rmh mber sekolah yang baru lepas bersalin anak yang ke 5...syukur. rezeki kawan aku tu dapat ramai anak2, aku tumpang gembira.
Balik tu kitaorg gi lepak jap kat kedai...sembang2 biasa..

Sampai rumah suami aku belum pulang lagi dari johor..so tunggu lah jap...sampai suami aku, aku cite lah yang kitaorg gi rmh kwn baru lepas bersalin anak yg ke 5...suami ku kata "fuhhh kilang ke" aku cakap kwn aku tu malu sebab anak ramai, suami aku cakap "buat apa nak malu, rezeki, syukur" " kalu macam kita ni nak anak tak dpt2..." aku cakap " tulah rezeki lah kan anak ramai, mcm kita masih tak de anak..."

fren, aku tumpang gembira tau, so jangan malu2 segan2...tu rezeki ko, baik dari aku yg masih 0 anak, alhamdulillah..

Saturday, September 18, 2010

Aidilfitri 2010




Assalamualaikum.

Salam lebaran...

Hari ni ada jemputan ke rumah kwn tapi aku tak pergi, menunggu adik aku nak datang ni haa..semoga selamat sampai...aku masak spaghetti, favorite aku...aku rasa sedap lah, tak tahu orang lain rasa...hehehehhe.

Alhamdulillah dah selesai berjalan raya minggu lepas...boleh la dari dok rumah jer kan...tahun ni perjalanan agak jauh (selalu dekat2 jer..), dapat lah mengeratkan silatulrahim.

Tahun ni aku tak ada baju raya, tak tahu kenapa malas nak beli, selalu suruh mak buat jer..dah tak nak susah kan mak lagi buat...kebetulan seminggu sebelum raya mak ada bagi baju aku yang dah siap, alhamdulillah boleh buat pakai raya..

Pastu kebetulan juga mak mentua aku bagi sepasang baju kurung putih gan tudung..perh tudung tu sesuai gan baju yang mak aku baru jahit tu, syukur Ya Allah..jimat sikit..




Friday, September 10, 2010

Raya Raya Raya

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dapat sekali lagi sambut aidilfitri bersama keluarga...syukur Allah masih memanjang kan umur aku shingga dapat bertemu syawal yang baru...

Aku macam tahun2 yang lepas akan beraya dengan keluarga husband aku dulu, petang raya baru pulang rumah mak aku....nak buat macam mana, kena dengar cakap suami..

Dah menjadi kebiasaanya aku pergi jalan tar malam..banyak barangan dijual, banyak gelagat manusia yang tak balik kampung..aku sampai pukul 3.30 jer, tak larat aku nak tunggu sehingga lelong barang mcm tahun lepas...walaubagaimana pun smpat juga aku beli sejenis dua kuih raya, alhamdulillah

Tuesday, September 7, 2010

Alhamdulillah, rezeki

Assalamualaikum.

Syukur hari ni hari ke 28 kira berpuasa, insyaAllah...moga bertambah keberkatan kita hari ni...

Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki hingga kini, semua ni rezeki dari Allah...

Tak Ku Sangka

Assalamualaikum.

Raya dah semakin hampir, wpun langsir raya dah siap, aku masih kurang feel raya...kan ada insiden antara kami, biasa lah rumahtangga mana yang tak bergoyang...kadang2 perselisihan faham ni lah yang boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri dengan kasih sayang yang kita tak sangka mahu pun dari kata2 yang manis...

Begitu juga seperti aku..aku tak menyangka di sebalik perselisihan faham antara kami membuat kan suami ku terpanggil untuk mengantar text kepada aku...aku bersyukur

Aku tak sangka akan terima so touching2, ayat manis2 tu, jiwang2 bahasa bunga2..aku yang agak 'panas' membaca dengan diiringi curahan air mata mengalir ke pipi, sungguh aku tak sangka air mata aku sampai mengalir keluar kesan dari kata2 yang boombastic suami ku..dalam hati pun ada taman...

Antara kata2 yang masih bermain dalam fikiran ku " dear B tak kan sia2 kan hidup dear selepas akad nikah dulu & B tak kan lupa sampai B mati...dear, B nak dear percaya dalam hati B dear saje yang B ada untuk selamanya..." Aku tak sangka

Monday, September 6, 2010

Semangat Yang Hilang

Assalamualaikum.

Pagi ni aku masih terkenang kan peristiwa yang berlaku pada ku semalam...makin hari makin kuat dugaan aku yang terpernah aku sangka kan akan terjadi, sesungguh nya Allah Maha Mengetahui...

Ya Allah hanya pada Mu aku berserah, pada Mu aku memohon keampunan atas dosa2 aku selama ni. Ya Allah hanya pada Mu jua aku panjatkan doa agar aku diberi petunjuk jalan yang benar. Hanya pada Mu aku meminta kesabaran, kekuatan, kecekalan dan ketabahan hati dalam menghadapi setiap ujian yang Kau berikan, Ya Allah...

Ya Allah aku sangat2 mengharapkan keampunan Mu, cahaya hidayah Mu, bantu lah aku Ya Allah.

Kau berikan aku kekuatan untuk teruskan hidup ni, walau berat mana pun ujian yang Kau berikan Ya Allah. Kau jadikan aku seorang yang sabar, tabah, kuat semangat untuk menghadapi ujian Mu Ya Allah, insyaAllah...amin

Langsir Make Over



Assalamualaikum.

Salam pagi isnin, 06/09/2010, bersamaan 27 ramadhan 1431h. Aku ada banyak cite nak cerita, ada yang sedih, sakit hati..pilu, luka, duka, sayu...mcm2 feeling lagi lah...tapi wat masa ni aku nak cite gembira aku dulu...

Semalam aku pergi beli kain nak buat langsir, aku ingat dah tak payah nak buat langsir baru semalam macam suami ku lupa tentang itu...tiba2 semalam selepas cari baju raya si suami, dia ingatkan supaya beli kain untuk buat langsir...so kitaorg pun cari kat banyak tempat, ada satu tempat tu cantik kain nya, harga pun cantik juga, cantik memang cari tapi kena buat ubah suai sikit, hmmm..fikir punya fikir, tak jadi lah nak beli kain cantik tu sebab kena guna duit yang agak banyak, tak baik membazir, lagi pun tahun ni kitaorg tengah berjimat, berbudget....

Cari lagi kat tempat lain, alhamdulillah jumpa juga kain tu...tak sia2 kena hujan akhirnya dapat juga bawa balik kain untuk buat langsir..tahun ni kitaorg nak buat sikit kelainan...kitaorg beli kain ni sikit, warna lain sikit, maklumlah semua kain cantik2...

Setelah memcari, memilih, membayangkan aku pun mberitahu sales person untuk mengira kain brapa meter semua...dah siap kira, aku fikir banyak lebih kain ni so aku tak jadi ambil satu salah kain yang kitaorg pilih tadi...kena budget, takut mahal jer...kitaorg pun balik gan riang...

Keesokan hari nya aku & husband mengukur dan mengira...huhuhu..kain yang dibeli tak cukup, pun kena berbudget mngukur...hahahha...kitaorg mula pening...suami ku kata " bawa pergi rumah mak tengok macam mana...hahha...

Petang tu kami bergegas ke rumah mak aku, sampai jer terus keluar kan langsir bagitahu mak yang aku nak pinjam mesin jahit nya, kebetulan mak tengah jahit baju yang mmakai benang yang sama warna gan langsir aku, alhamdulillah...yang susahnya aku tak pernah sentuh mesin jahit mak sejak mak beli mesin jahit berkuasa besar..dulu yang kayuh kaki pastu mak upgrade ke yang guna motor, pandai lah aku guna, yang ni memang aku fail...aku tak pernah guna, takut...

Tapi untuk suami tersayang, aku berani kan diri memotong dan menjahit sendiri kain yang kitaorg beli ari sabtu...alhamdulillah, jadi juga aku jahit...boleh la..aku buat sendiri semua tu..dulu suruh mak jahit, tahun ni aku sendiri jahit, tapi yang simple jer...boleh lah dari nak beli, mahal tu...

Malam pulak aku tak sabar nak cuba langsir baru..lap tingkap dulu baru bleh cuba langsir baru...hehehe..aku turut dibantu suami ku yang selalu membantu, memang rajin...aku jer yang malas.

Alhamdulillah...siap pasang, nampak cantik pulak, hehehe...puji diri sendiri...suami aku kata, oklah daripada nak beli, mahal...baik buat sendiri..alhamdulillah...ni membuatkan aku nak buat lagi langsir untuk masa akan datang, yang simple jer lah...azam tahun 2011, insyaAllah kalu panjang umur, murah rezeki blh beli & buat lagi, insyaAllah

Saturday, September 4, 2010

Risau nya



Assalamualaikum.

Pagi ni aku terima call dari adik mnyatakan mak sakit...semalam adik aku dah bagi tahu yang mak tak sihat, aku faham bulan puasa ni mak puasa jadi tak cukup air dalam badan nak memproses bahan buangan..sangkut paut lah urine tu...kesian mak...

Pagi keadaan mak membimbangkan adik aku...dia dah kelam kabut, panik, aku lagi lah risau bila dengar suara panik adik aku tu...nak klinik jam 8, banyak klinik tak buka lagi...merata2 cari klinik yang buka. Ada klinik buka pulak 9, doktor masuk lambat, mcm mana?nak gi hospital bukan nya ada transport, harapkan suami aku jer lah, dekat sikit rmh kami tapi suami ku kerja arini...serba salah dibuat nya...dalam adik aku dok cari klinik mana yang ada doktor, mak kat rumah mengerang kesakitan...daya tahan yang lemah, maklum lah orang dah berumur ni, bukan ada antibody yang kuat lagi...

Mak takut kalu gi klinik mesti kena gi hospital sebab insiden semalam mcm serius jer...tapi mak tak nak...aku tahu macam2 dalam fikiran mak, kalu gi hospital mesti mak kena masuk wad, mggu depan dah nak raya, tak kan nak raya kat hospital, bju customer tak siap lagi...mcm2 lah dalam fikiran mak...aku dapat rasa kan sebab aku pun fikir yang sama.

Alhamdulillah dapat juga mak aku dapat rawatan kat klinik yang berdekatan kat rumah. Seperti yang mak jangka, doktor suruh mak refer kat hospital tapi tak mahu lagi...aku dah agak dah...

Kami biarkan dulu janji kesakitan mak tahu dah berkurangan, insyaAllah.

Kesian nya mak Ya Allah, Kau bantulah pulihkan mak aku, beri lah mak kesihatan yang baik, kecergasan, kekuatan mengharungi ujian Mu, Ya Allah...insyaAllah

Iringi Doa


Assalamualaikum.

Pagi ni 25 ramadhan 1431...moga kita mendapat keberkatan pada hari ini, moga urusan kita dipermudahkan, insyaAllah..

Suami aku kerja, semalam balik lambat dari kuantan....tidur pun lambat...jdi pagi ni memang susah lah nak bangun..aku pun susah gak nak bangun sampai terlepas sahur..ish2, nasib baik bukan budak2 lagi..

Macam biasa lah suami ku bersiap memang ambik masa agak lama, macam persiapan..hehehe...aku ni asyik remind suami jer, 'cepat sikit, cepat lah, jangan lama sangat', ungkapan biasa aku ucapkan bila suami ku lambat...aku kesian kan dia sebenarnya nanti kelam kabut, risau keselamatan suami sebenarnya...


So arini kuar lambat sikit, seperti biasa aku anta sampai depan pintu, tengok dari atas, memberi lambaian kasih, tengok lagi sampai hilang dari permandangan, dan aku iringi suami ku dengan doa "Ya Allah semoga suami ku selamat sampai & pulang, permudahkan urusan kerja suami ku, lindungi suami..Ya Allah, insyaAllah".amin

Aku berasa lega jika dapat berdoa untuk si suami...insyaAllah, alhamdulillah

Friday, September 3, 2010

Nak Tambah Rezeki

Assalamualaikum.

Hari ni 24 ramadhan 1431, cukup 24 hari kita berpuasa, alhamdulillah...tinggal kurang dari seminggu untuk kita menyambut syawal..insyaAllah.

Petang ni aku balik tumpang member ofis, suami ku kerja luar kat kuantan. Bukan mengada gada tak nak naik bas tapi aku tak de mood nak naik bas bulan puasa ni, jalan jam betul...selalu pun aku balik naik bas jer...

Aku sempat singgah pasar ramadhan walaupun si suami kata balik terus tak payah singgah bazaar, namun niat aku nak beli jaudah berbuka. Alhamdulillah rezeki kurniaan Allah kepada ku sekeluarga dapat aku berbuka ari walaupun tanpa suami bersama...

Aku makan kuih jer dulu, nasi ayam yang aku beli tadi dah kesejukan menanti waktu berbuka tak aku sentuh kerana nak menunggu suami tersayang balik makan bersama...sudah menjadi kebiasaan aku menunggu suami ku pulang dari kerja baru makan walaupun selewat mana pun kekanda ku pulang..hehehe, insyaAllah.

Suami ku bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga, aku patut menghargai pengorbanan suami ku ni...aku bersyukur aku tidak membelanja berlebihan tanpa tujuan...

Jam ni aku baru menerima panggilan telefon dari kekanda zul, yang sudah dalam perjalanan pulang ke kl petang tadi namun hampa kerana terpaksa berpatah balik kerana urusan kerja.

Kasihan suami ku bekerja keras mencari rezeki, semoga Allah menambah rezeki kita sekeluarga ye sayang, doa ku panjat kan kepada Allah SWT...

Semoga B dan kawan2 selamat pulang dari sana..insyaAllah...

Thursday, September 2, 2010

Kebahagiaan Aku vs Kebahagiaan orang lain?

Assalamualaikum.

Aku juga ingin bahagia seperti keluarga orang lain...kami baru ingin menikmati hidup yang sederhana ni dengan kegembiraan..namun

Masih adakah insan yang ingin meretak kan hubungan kekeluargan orang lain?
Masih wujud kah manusia yang bercelaru sehingga mengegarkan hubungan orang yang gembira?
Masih ramai kah manusia yang tidak berpuas hati dengan kegembiraan orang lain?

Bagi aku kegembiraan orang lain adalah menjadi sebahagian kegembiraan aku juga.kesusahan di kongsi bersama, kegembiraan senyum bersama....

Aku tumpang gembira jika teman2 ku gembira bersama orang yang disayangi...aku turut merasai kegembiraan tu, sahabat mana nak tengok kawan nya sedih kan...

Aku sedikit pun tak kecewa jika sahabat aku gembira lebih dari aku..namun aku berdoa agar aku turut merasai kegembiraan seperti sahabat aku bersama orang yang ku sayang..

Mendoakan kebahagiaan orang lain adalah lebih mulia dari mengecewakan kegembiraan orang..jika tak mampu bahagia biar lah orang lain bahagia...rezeki kebahagiaan dia...

Aku berdoa agar kawan aku mendapat kebahagiaan, kegembiraan yang sebenar, yang ikhlas, tulus...insyaAllah. Dan moga2 kawan2 aku mendoakan kebahagiaan, kegembiraan yang sebenar, yang tulus ikhlas untuk aku dan suami, insyaAllah...amin

Rezeki Lagi



Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah dapat aku gan suami berbuka di tempat yang kami tak pernah pergi...syukur rezeki lagi

  • Ramadhan Buffet @ Kelab Golf Perkhidmatan Awam
  • 02/09/2010
  • 11 orang
  • 200 jenis makanan terhidang (tak termakan nya semua jenis makanan tu)
Aku gembira dapat kenalkan suami ku pada kengkwn...dia jarang join table..hehehe...

Walaupun aku datang lambat tadi masih tetap meriah event kitaorg...masih bergelak sambil mnikmati makanan yang terhidang..terlalu banyak sampai tak tahu nak makan apa..hehehhe, berbaloi gan byaran..syukur

Alhamdulillah nikmat Allah pada ku sekeluarga, pada kami semua, kengkwn..syukur

Wednesday, September 1, 2010

Dah Selamat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur suami ku dah bayar duit zakat fitrah ramadhan 1431...aku rasa lega sangat...aku terasa seperti terlepas satu bebanan..syukur.

Nasib baik singgah bazaar ramadhan siang tadi...mcm biasa kitaorg park motor kat tepi jalan, tak sangka ada wakil dari pusat pungutan zakat kat btul tempat kitorg parking motor..mungkin ini jalan yang Allah bagi kat kitorg agar dapat dipermudahkan urusan kitaorg syukur Ya Allah.

Aku terus suruh suami ku bayar, tak yah nak fikir2 lagi bila nak bayar, peluang dah ada depan mata, rebut lah peluang ni...syukur aku suruh suami ku bayar lebih..alhamdulillah.

Setelah selesai bayaran, akad, & doa aku terasa mcm satu kegembiraan sperti terlepas dari satu seksaan...aku tak dapat nak gambarkan perasaan aku wak2 tu...aku lega...moga ramadhan yang tinggal beberapa hari ini bertambah pahala, amal ibadah, dpat kurangkan dosa, insyaAllah...

Rasa gembira

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana sekali lagi menemukan kami rakan2 sekolah untuk mengeratkan hubungan kami...kali ini dalam majlis berbuka puasa di Vistana Hotel, KL...syukur walaupun kejap jer pertemuan tu, kami semua seronok, gembira...

Aku pun seronok jugak, yang paling best suami yang di sayangi dapat join, alhamdulillah..susah nak ajak join kitaorg...syukur. Aku yang sampai paling lambat, dekat pukul 7 suku..yang paling awal kawan aku anom, kul 3 dah sampai..kesian dia... suami ku jadi sporting siang tadi,..gelak2 dorang, memang aku suka suami ku bergaul gan kwn2 ku..syukur

Gelak punya gelak, gambar pun dah banyak diambil , tak sedar masa berlalu dengan cepat...tak kisah janji dah jumpa...insyaAllah ada plan lagi tuk brjumpa...

Alhamdulillah lega sikit

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, aku dah cakap gan kawan aku tentang kesusahan aku tu...syukur dia boleh terima kenyataan, walaupun aku nampak macam dia marah kan aku...

aku bagi tahu dia yang aku nak berniaga kerepek...aku belajar cara berniaga pun dari dia...kerepek jer aku nak berniaga yang tak melalui dia yang lain dia still masuk kat ofis aku...


Syukur dia dapat terima apa aku cakap...walaupun aku tak tahu apa yang ada dalam hati dia...minta2 ok, sama2 timba pengalaman...sama2 cari rezeki...

Monday, August 30, 2010

M E R D E K A

Esok tanggal 31 Ogos 2010, genap 53 thun kita merdeka, bebas dari di jajah...alhamdulillah. hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk kedengaran bunyi2 bunga api ke udara menandakan esok 31 Ogos hari pembebasan malaya....

Aku masih menemani suami ku yang sedang nyenyak tdur dalam keadaan kesakitan...kesiannye..anak buah aku asyik tel tanya pak along (pelat) akit (sakit) ke?, pak along mana? .." pak long tidur, pak long sakit"... "oo pak long idor (tidur) pak along akit (sakit)...aku tanya dia lagi " nanti aqil nak datang rumah mak long ke tengok pak long" jawab dia tanpa berfikir ..." nanti papa alik, atil atang rmh along....(aqil datang rumah mak long)...mak dia cakap " dia tipu bila pulak papa dia cakap macam tu...pandai dia...bijak2..

Kat sini kedengaran suara2 yang cuba nak buat kecoh...konon nye dah nak msuk 12am...tinggal beberapa detik je lagi utk melaung kan merdeka dan mmbunyikan mercun dan bunga api sebagai tanda hari merdeka...semoga Malaysia terus maju, berilmu, beragama, insyaAllah...

Selamat Hari Merdeka ke 53 - 1 Malaysia - Menjana Transformasi...

Teman




Assalamualaikum.

Aku sedang menemani suami ku yang sedang tidur keletihan dalam kecederaan akibat jatuh motor siang tadi...kasihan nya aku melihat suami ku...Ya Allah semoga suami ku cepat sembuh..

Sambil2 aku teman kan suami ku aku sibuk menulis blog, melayan facebook, melayari internet...ambil kesempatan sementara suami ku sedang tidur...

Aku tengah sibuk upload gambar, lagu untuk blog aku ni...tak macam tak cukup jer apa yang ada...ish2..sambil2 sbuk layan internet mata aku sibuk mencari makanan yang boleh dikunyah2 swaktu aku sedang sibuk ni...junk food..

Nasib baik esok cuti Hari Merdeka ke 53 -1Malaysia Menjana Transformasi...so boleh tidur lambat sikit..lgi pun kalu tidur awal2 ni jap lagi kul 12am...boom boom boom bising bunyi bunga api..tak leh dah nak tidur...layan jer lagu2, gambar2, yang paling penting layan jer facebook sampai lebam...huhu

Kesian nya





Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah 20 hari kita berpuasa, syukur. Hari ini aku keje, si suami mc tak sihat..walaubagaimana pun suami kena anta isteri pergi keje...

Hari ini keje memang bosan sangat, aku tak sempat buat keje aku pun, banyak customer walk in..banyak documents sampai & banyak recording...

Aku dah pesan gan si suami amik aku cepat2 sebab aku dah bosan keje + aku pun tak berapa sihat... 1 jam sebelum tu hujan lebat sangat, guruh kuat berbunyi & aku sempat text suami ku supaya tak payah ambik aku dari tempat keje, hujan....si suami kata, tak pe, nanti B ambik juga, sat lagi hujan berhenti lah..

Tiba masa nya hujan berhenti, syukur alhamdulillah hujan dah berhenti...aku pun turun macam biasa namun suami ku blum nampak kelibatnya lagi, aku pun tel (dalam hati kan dah pesan datang cepat sikit)..." B on the way"...sampai jer kat ofis aku, tengok suami ku dalam keadaan tidak selesa..kenapa ni bisik hati ku, tengok kaki buku lali, siku berdarah, baju hujan koyak...Ya Allah kesian suami ku jatuh motor rupa nya....aku menyuarakan rasa tak puas hati mcm mana boleh jatuh, bawa motor laju ke dalam keadaan licin selepas hujan.. kata si suami " kereta tu membrek so dia elak, kalu tak teruk kereta dan motor berkecai...Ya Allah, kasihan kan lah suami ku, semoga suami ku cepat sembuh...insyaAllah.amin.

Sunday, August 29, 2010

Mungkin Ditinggalkan

Assalamualaikum.

Salam pagi ahad, hari tu berehat tapi yang kena rehat tu keluar bekerja...nak buat cmne cari rezeki...sabar ye sayang, moga rezeki yang dicari berkat...insyaAllah.

Alhamdulillah mcm2 berlaku smalam, sungguh tak ku sangka perkara ini berlaku dalam hidup aku...biasa lah liku2 kehidupan, ada yang suka, duka, seronok, lega, marah, masam, nangis..mcm2 lagi...apa pun aku bersyukur aku masih dapat bertahan walaupun sukar bagi ku melalui nya...

Aku bersyukur dgn tenaga aku ni dapat aku beramal di bulan ramadhan yang penuh berkat ni...namun di sebalik kegembiraan, ada duka yang aku tak sangka...suami oh suami, ujian Tuhan...aku bersabar...kuatkan semangat ku Ya Allah untuk terus kan hidup ku ni....bersyukur atas setiap musibah tu ada hikmah nya...insyaAllah..

Kenapa isteri selalu nampak suami walaupun sewaktu isteri sibuk membeli belah, sedang si suami tak nampak si isteri yang sibuk membeli belah...Aku bukan membeli belah pun, saje tengok2 tak sangka suami ku tak jumpa aku wpun dah diberitahu lokasi nye...heheehhe..


HubBy, kamu umpama racun bermadu...yang bisa mengeluarkan racun tapi racun tu kemudian nya menjadi madu yang sangat manis...

Saturday, August 28, 2010

Alhamdulillah, selesai sudah....


Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur dah selamat, dah selesai berbuka puasa bersama keluarga tercinta semalam.

Bermula dari rumah pelbagai rintangan yang perlu dihadapi oleh setiap keluarga, biasa lah tu, rambut sama hitam tapi hati lain2. Memang penuh dugaan bulan puasa ni, jalan dah ler teruk sangat jam, ada jalan tutup pulak tu menjadi kan keadaan bertambah sesak.

Apapun syukur masing2 selamat sampai ke restoran kat kampung baru, sblum beberapa minit masuk waktu berbuka, ingatkan tak sempat lah kan, alhamdulillah. Walaubagaimana pun oleh kerana lambat, kami berbuka dengan meneguk air dulu kerana makanan yang lewaat dipesan blum pun sampai...kesian kat anak buah merengek kelaparan. Org lain dah siap makan baru makanan kitaorg sampai, alhamdulillah. sampai jer makanan terus terjah tuk bagi anak makan dulu...

Syukur semua makan sampai habis maklum lah biasa nya buka puasa makan nasi tapi semalam makan makanan western pulak, mana nak sama gan makan nasi...hehehe

Selesai sudah berbuka puasa jam hampir pukul 8.40 kami bergerak dari restoran tu...selepas salam dan ucapan terima kasih, aku menyinggah kat pasar chow kit, teman mak tengok2 sayur kalu ada yang menarik tuk dibawa balik...dah jalan dari mula sampai akhir, patah balik dari akhir sampai mula tak ada yang mak berkenan...tak pe.

Apapun aku bersyukur segalanya selesai gan baik semalam....alhamdulillah Ya Allah rezeki Mu pada ku sekeluarga, syukur Ya Allah.

Alhamdulillah..........

Friday, August 27, 2010

Dah Hampir

Assalamualaikum

Salam pagi Jumaat Penghulu segala hari dan Salam Nuzul Al-Quran.

Hari ni due date untuk majlis berbuka puasa dengan kengkwn...hmm nak join tapi husband tak ikut so transport susah ckit...tak kan nak harap kan kengkwn kan...dah text kengkwn bagi tahu tak dapat join...kesian dorang tak ramai yang join maklum lah cuti Hari Merdeka ke 53, 1 Malaysia Menjana Transformasi...

Sorry lah kengkwn, tak dapat join, next time ok, insyaAllah...hope korang enjoy you all majlis berbuka puasa...enjoy the buffet ok

Thursday, August 26, 2010

Alahai ujian

Assalamualaikum

Alhamdulillah keje arini berjalan lancar, actually sbuk mengemas, tak smpat nak buat keje sendiri pun. petang tak sperti yang aku nak kan (alway like this)...pusing2 kl dah pukul 7, aku fikir buka puasa kat kl jer dari blik rmh yang tak tahu pkul brapa sampai, niat kau nak gi tengok hphone lepas tu...gi medan selera, penuh pulak, terpaksa order kat mamak nye stall, nasi goreng kampung yang tak macam nasi goreng kg pun, potong selera makan...huhuhu. aku tak dapat pun nak tengok hphone, tak seronok pun...so terus jer balik

Sampai rumah aku text adik aku minta dia ambik aku kat rmah bwa aku gi digital mall, esok, insyaAllah...

Sementara tu aku nye plan nak berbuka kat luar, insyaAllah jadi, adik aku ni tertiba jer tak de result...ish2 susah2 sabar jelah...hoping everything ok lah, insyaAllah aku cuma ingin semua ahli keluarga ku bersama, insyaAllah

Aduhai

Assalamualaikum

Alahai mengantuk nye hari ini...bgun kul 4.40 masak nasi goreng gan teh o untuk sahur, pastu makan pisang sira duh sedapnye...tapi yang tak thu nye kenapa rasa mengantuk sangat, bukan tak biasa tak tido slpas sahur, cmne nak gi keje cmni...

hooray nasib baik esok cuti...bestnye tak yah gi keje, alhamdulillah..tapi suami ku keje, kesian dia..sabar ye B

hoping hari ni biasa lah berjalan lancar tanpa gangguan anasir2 lain...biar concentrate gan keje jer...insyaAllah..

Wednesday, August 25, 2010

Kurniaan Ramadhan

Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia Nya kepada ku sekeluarga hari ini dan selama ini...syukur.

Sungguh tak sangka aku dapat rezeki yang melimpah rauh dari Dia Yang Maha Esa. Berkat bulan mulia ini, alhamdulillah aku dikurnia kan rezeki yang bank...projek aku makin mendapat sambutan, alhamdulillah dan tak sangka ada bonus sebelum raya, Ya Allah terima kasih , syukur Ya Allah.

Rakan2 ofis ku ada yang gembira sakan, ada yang biasa2 jer...perasaan aku pulak bercampur baur...apa pun berkat kesabaran kami selama ni, kami sesungguhnya layak menerima nye...syukur2

Dan rezeki tu, aku ingin kongsikan bersama suami dan keluarga tersayang, insyaAllah ari jumaat aku mgajak berbuka puasa kat luar..mereka gumbira, alhamdulillah, insyaAllah. Semoga berjalan dengan lancar, insyaAllah.amin

Sementara Ini Ingin Mencuba

Assalamualaikum.

Alhamdulillah selamat kita puasa hari yg ke 14, arini ramadhan 15, insyaAllah.

Aku bersyukur pada Allah kerana rezeki yg dikurnia kan kepada ku sekeluarga shingga arini, Alhamdulillah, syukur yg tak terhingga.

Walaubagaimanapun aku masih ingin mcuba mencari rezeki yg lebih untuk mjana ekonomi & menstabil kan ekonomi keluarga aku. Rasanye tak salah untuk aku mcuba mencari rezeki sampingan yg lain slain rezeki yg slama ni sedia ada...

Cuba dulu,kalu ok akan ku khabar kan..

Tuesday, August 24, 2010

Ish Ish Ish

Assalamualaikum.

Salam pagi selasa, Alhamdulillah dah msuk 14 ramadhan 1431...smoga dapat lah kita mnahan lapar, dahaga, tahan diri dri nafsu..insyaAllah.

Pagi ni aku sahur mcm pagi2 yg sblum ni susah ckit nk bgun nye, tapi aku masih dpt bgun kul 4.30, Alhamdulillah. Aku x msak smlam so panas kan bubur lambuk, goreng telur, sosej berserta air teh. Arini pulak aku kejut suami ku awal, kul 5, slalu tu kul 5.15...hehe.

Mgantuk betul suami ku arini sampai x nampak mata dia pun...aku ckp pada suami ku"makan awal, blh sambung tdo blik" lepas aku ckp mcm tu terus suami ku baring, lelap kan mata, bila tanya nape?, " panas lah bubur ni mcm mana nak makan" dlm hati ku Ya Allah mcm perangai anak buah aku jer, budak2 xpe la nak wat mcm tu, hehe...sajer lah tu alasan tuk lelap skejap, lpas 5 min aku kejutkan smula suami baru lah nampak mata dia, segar lah pulak...huhuhu.. alahai hubBy mgantuk lagi lah tu...hehe.

Alhamdulillah kali ni masuk tahun ke 3 kami berpuasa bersama, syukur.smoga kami dpt trus berpuasa, beramal bersama, insyaAllah..

Monday, August 23, 2010

Bisnes

Assalamualaikum

Bulan berkat bulan Ramadhan ramai lah yg berniaga kat tepi2 jln...antara tmpt yg popular yg mjadi kebiasaan utk peniaga mjual barangan & pembeli membeli belah adalah jln tar, chow kit,,

Tengok org lain berniaga sronok plak, kita pun seronok sambil mbeli barangan.

Tidak ketinggalan aku pun teringin nak berniaga tapi x thu cmne nak mula.....wpun bagaimana pun aku byk mnimba pengalaman masa kecik2 dulu mjaja nasi lemak n kuih muih yg mak buat...msih ingat lagi waktu tu sekolah rendah lgi...mula2 malu nye nak mjaja sambil mjerit
"nasiiiiiii lemaaaaaak"

Dah besar skit tolong mak buat kuih sambil jual kuih muih...sampai mak buat kedai kecik kat bwah flat pun tolong ckit2.

So aku pun bercadang nak buat biz tuk bulan puasa..sbenarnye dah lama nk buat biz kecik kecilan, timba pegalaman dri kwn2 dulu, insyaAllah dah ada ilmu blh buat biz, insyaAllah

Ya Allah, kalu diizin kan dr Mu aku buat biz, tolong murahkn rzeki ku, permudahkan lah urusan ku berniaga..InsyaAllah,amin.

Ya Allah, aku bersyukur atas kurniaan mu, limpahan rzki pada ku sekeluarga, Alhamdulillah.


Saturday, August 21, 2010

Ramadhan



salam ramadhan


Lama betul x tulis blog..sibuk, malas etc... Dah 2 mggu sibuk cari rmh kat internet tapi sume dah d booked org wpun bru jer kuar internet...susah jgk nak cari rmh masa skrg ni... lg2 kalu nak cari rmh murah..mmg lah susah nak dpt kan. Nk beli rmh baru mahal harga nye skrg ni, nk beli rmh murah jauh berbatu batu...

Rmh impian aku = yg besar, 2 tingkat, laman yg besar, bilik yg besar, bilik yg banyak, dapur yg luas, parking sendiri...impian yg hanya mimpi jer..sume yg aku nak tu susah tuk aku dapatkan ...senang cite kalu ada duit juta2 rupiah blh lah beli rmh impian...hehehe...pokok nye kena ada duit yg banyak, ekonomi yg stabil baru blh berangan mcm tu... apapun aku cuma nk rmh yg selesa didiami..hiasan yg simple jer, perabot yg sederhana jer (senang ckit nk kemas rmh)



Ya Allah bantu lah hamba Mu ni utk beli rmh, permudah kan lah urusan ku cari dan beli rmh...insyaAllah..A

p/s : aku berdoa dan berharap agar impian aku satu hari nanti mjadi kenyataan, insyaAllah

Sukar nye

Assalamualaikum.

Aku selalu takut untuk mghadapi sesuatu yg tak pernah aku jangka dlm hidup...kekadang tu keadaan mjadi rumit mbawa kepada satu masalah baru..

Mcm2 la pengalaman pelik dlm hidup ni...kadang2 aku slalu rasa tertipu...ada kah aku di tipu @ aku yg x tahu berbicara...aku malu nak bagitahu org apa yg aku nak kot...ni lah aku, bila dah berlaku baru terjaga mcm dipukau pulak...nape aku selalu mcm ni? ish2 aku tak sangka aku bodoh @ apa yg aku pk x sama apa yg org lain pk...hmmm nape aku susah nk luah kan @ gtau org apa yg aku pk kan...

Kalau aku bagitahu org apa yg aku pk, org mgkn kecik hati, org mgkn marah gan aku...tapi bila aku pendam lain plak yg jdi...aku asyik memikirkan ttng tu je...

Terasa susah nak bagitau org apa yg aku nak kan...aku terseksa....aku tak pandai nak luahkan ..aku sengsara...........

Saturday, March 27, 2010

Menguji KeSABARAN

Assalamualaikum..

salam sayang pada kwn2.

perasaan aku bercampur baur..aku gembira atas segala rahmat, nikmat kurniaan Yang Maha Esa kpda aku sekeluarga sehingga arini..alhamdulillah..namun dlm kegembiraan tu terselit kedukaan yg tak dpt aku gmbr kan bak kata perpatah , berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..ujian, setiap hari kita sbgai umat Nya didtgni ujian, ada yg berat, ringan, hanya Tuhan n kita yg mengalami jer yg thu berat ke ringan..

Petikan dari sebuah buku "Ujian dan cubaan itu bermacam-macam dan bertingkat-tingkat..ada ujian yg menimpa badan, harta, anak pengaruh, kekuasaan, jwtan. Ujian yg berat adalah nikmat kesenangan, sedankan yg ringan adalah ujian yg menimpa pd badan, spt pnyakit atau kemalangan. Ujian pada badan ini dimaksudkan untuk mguji kesabaran, kerelaan seseorg dlm menerima qadha dan qadar Allah SWT, kalau ternyata ia sabar, ditetapkan pahala untuknya atau dihapuskan sebahagian dari dosanya atau diangkat darjatnya, hingga ujian itu menjdai suatu nikmat baginya. Sebagaiman sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
"Tidak ada seorg Muslim pun yg ditimpa gangguan sperti ditusuk oleh duri atau yg lebih berat daripanya, melainkan dgn ujian itu dihapuskan oleh Allah SWT perbuatan buruknya serta digugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yg menggugurkan daun2 nya" (HR.Muttafaq alaih)

"Ujian yg tidak henti2 menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan, yg menimpa dirinya, hartanya, anaknya, akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa" (HR. Tarmizi)

Setiap ujian tu mesti ada hikmah nye & biasa yg Allah SWT ingin mberi kita yg lebih baik dari seblm ni.....byk2 lah bersabar..insyaAllah

Monday, March 15, 2010

Ujian Nya

salam.

arini suami aku bawa berita kurang best..arini ari ke 2 suami ku bekerja..yg tak best nye dia kena transfer kat mantin shingga gi appointment check up next month...lama tu dok sana, ksian kat suami ku...dia tak nak stay kat sana so berulang la ari2, ksian mesti penat nak gi jauh...apapun sabar ye B, dear doakan B selamat sampai, blik , slmat bekerja..

kat ofis lak byk perubahan berlaku..aku rasa mcm nak lari ke tinggal kan tmpt keje tu...bosan gan tmpt tu...keje ok tapi keje dah berlambak2 sume urgent dah tak thu nak wat mana dulu...skrg lagi lah beban, procedure baru..kena siapkan keje cpat dari biasa...ish2 ..lg lah aku tak tahan..aku kuatkan smgat je ni...

Sunday, March 14, 2010

Macam2


Salam.

Hari ini ada 2 kenduri spupu husband kat kl..tapi ada plan nak gi pameran kerjaya kat Kota Damansara. Mak mentua call minta ambik dia gi kenduri tu dulu baru gi pameran..so patuh je n suruh mak mentua tunggu kat rmh nanti kitaorg jmput..ksian, dah lama siap maklumlah perjalanan jauh..alhamdulillah sampai, nasib baik mak tak bising..kenduri meriah..tapi Masya Allah bahang terik di tengahri..sabo jer lah..pas makan cabut gi 2nd kenduri..family lain dah tunggu kan 2nd kenduri..sampai kat kenduri ni alahai ramai nye umat..nak masuk pun dah jam..sabo2..relax jap cari meja n jmpa saudara lain..teriknye matahari tak blh nak gmbr kan peluh meleleh2...air dah bergelas2 di teguk..ada yg pengsan mgkin sbb panas + ramai org...apapun mmg meriah kenduri ni..syukur.

Sebelum kul 3 dah blik, mak mentua ada hal lain..oleh kerana panas terik masing2 berangin, muka pun masam..sabar je lah kan nak wat cmne..hal2 kecik pun nk mengamuk..biasa lah tu..tapi tersentap jugak lah..apapun aku sabar mnghadapi sume kejadian Tuhan ni..tapi kenapa selalu ianya berlaku..bkan aku tanya Tuhan tapi aku tanya pada diri aku sendiri..aku ni tak bagus, tak bijak..mgkn sbb aku selalu berlaku kejadian ni n selalu tersentap..atau mgkn benda tu tak de apa2 tapi sbb aku yg sensitif tu yg selalu terasa...Ya Allah kuatkan semangat ku..

Saturday, March 13, 2010

Rahmat Tuhan


Salam

Arini suami ku dah start keje selepas hampir 2 blan cuti sakit akibat kemalangan di tmpt keje..alhamdulillah suami ku makin pulih..aku yg trauma n fobia bila dia mula bekeje..Ya Allah Kau lindungilah suami ku dari perkara tak baik..

Setelah lama "bertapa" kat rmh tibalah masanye suami ku keluar mencari rezeki semula..(1 bln makan gaji buta..hehehe..sori syg, gurau jer, 1 bln lg tolak gaji..kesian)..ada yg kata suami berisi skit, cerah..mana tak nye duk kat rmh makan tdo, mkn tdo..ni dah start keje blik mesti gelap n kurus..

Dalam tempoh tak bekerja ni byk btul dugaan Tuhan kepada kami suami isteri, biasa lah tu, kalu tak de ujian org kata Tuhan tak syg kita..satu per satu masalah timbul namun alhamdulillah berjaya diatasi wpun berat..alhamdulillah aku suka ttng perubahan kecik yg berlaku pada suami ku n rmhtangga kami..syukur pada Mu Ya Allah..tu lah rahmat mu..cuma masih ada satu masalah besar yg masih blum selesai (masalah kecik2 tu biasa lah, dah nama pun kehidupan)..Ya Allah Kau permudahkan lah urusan masalah ni selesai...