Tuesday, September 7, 2010

Tak Ku Sangka

Assalamualaikum.

Raya dah semakin hampir, wpun langsir raya dah siap, aku masih kurang feel raya...kan ada insiden antara kami, biasa lah rumahtangga mana yang tak bergoyang...kadang2 perselisihan faham ni lah yang boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri dengan kasih sayang yang kita tak sangka mahu pun dari kata2 yang manis...

Begitu juga seperti aku..aku tak menyangka di sebalik perselisihan faham antara kami membuat kan suami ku terpanggil untuk mengantar text kepada aku...aku bersyukur

Aku tak sangka akan terima so touching2, ayat manis2 tu, jiwang2 bahasa bunga2..aku yang agak 'panas' membaca dengan diiringi curahan air mata mengalir ke pipi, sungguh aku tak sangka air mata aku sampai mengalir keluar kesan dari kata2 yang boombastic suami ku..dalam hati pun ada taman...

Antara kata2 yang masih bermain dalam fikiran ku " dear B tak kan sia2 kan hidup dear selepas akad nikah dulu & B tak kan lupa sampai B mati...dear, B nak dear percaya dalam hati B dear saje yang B ada untuk selamanya..." Aku tak sangka

No comments:

Post a Comment