Saturday, September 4, 2010

Risau nya



Assalamualaikum.

Pagi ni aku terima call dari adik mnyatakan mak sakit...semalam adik aku dah bagi tahu yang mak tak sihat, aku faham bulan puasa ni mak puasa jadi tak cukup air dalam badan nak memproses bahan buangan..sangkut paut lah urine tu...kesian mak...

Pagi keadaan mak membimbangkan adik aku...dia dah kelam kabut, panik, aku lagi lah risau bila dengar suara panik adik aku tu...nak klinik jam 8, banyak klinik tak buka lagi...merata2 cari klinik yang buka. Ada klinik buka pulak 9, doktor masuk lambat, mcm mana?nak gi hospital bukan nya ada transport, harapkan suami aku jer lah, dekat sikit rmh kami tapi suami ku kerja arini...serba salah dibuat nya...dalam adik aku dok cari klinik mana yang ada doktor, mak kat rumah mengerang kesakitan...daya tahan yang lemah, maklum lah orang dah berumur ni, bukan ada antibody yang kuat lagi...

Mak takut kalu gi klinik mesti kena gi hospital sebab insiden semalam mcm serius jer...tapi mak tak nak...aku tahu macam2 dalam fikiran mak, kalu gi hospital mesti mak kena masuk wad, mggu depan dah nak raya, tak kan nak raya kat hospital, bju customer tak siap lagi...mcm2 lah dalam fikiran mak...aku dapat rasa kan sebab aku pun fikir yang sama.

Alhamdulillah dapat juga mak aku dapat rawatan kat klinik yang berdekatan kat rumah. Seperti yang mak jangka, doktor suruh mak refer kat hospital tapi tak mahu lagi...aku dah agak dah...

Kami biarkan dulu janji kesakitan mak tahu dah berkurangan, insyaAllah.

Kesian nya mak Ya Allah, Kau bantulah pulihkan mak aku, beri lah mak kesihatan yang baik, kecergasan, kekuatan mengharungi ujian Mu, Ya Allah...insyaAllah

No comments:

Post a Comment