Friday, September 3, 2010

Nak Tambah Rezeki

Assalamualaikum.

Hari ni 24 ramadhan 1431, cukup 24 hari kita berpuasa, alhamdulillah...tinggal kurang dari seminggu untuk kita menyambut syawal..insyaAllah.

Petang ni aku balik tumpang member ofis, suami ku kerja luar kat kuantan. Bukan mengada gada tak nak naik bas tapi aku tak de mood nak naik bas bulan puasa ni, jalan jam betul...selalu pun aku balik naik bas jer...

Aku sempat singgah pasar ramadhan walaupun si suami kata balik terus tak payah singgah bazaar, namun niat aku nak beli jaudah berbuka. Alhamdulillah rezeki kurniaan Allah kepada ku sekeluarga dapat aku berbuka ari walaupun tanpa suami bersama...

Aku makan kuih jer dulu, nasi ayam yang aku beli tadi dah kesejukan menanti waktu berbuka tak aku sentuh kerana nak menunggu suami tersayang balik makan bersama...sudah menjadi kebiasaan aku menunggu suami ku pulang dari kerja baru makan walaupun selewat mana pun kekanda ku pulang..hehehe, insyaAllah.

Suami ku bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga, aku patut menghargai pengorbanan suami ku ni...aku bersyukur aku tidak membelanja berlebihan tanpa tujuan...

Jam ni aku baru menerima panggilan telefon dari kekanda zul, yang sudah dalam perjalanan pulang ke kl petang tadi namun hampa kerana terpaksa berpatah balik kerana urusan kerja.

Kasihan suami ku bekerja keras mencari rezeki, semoga Allah menambah rezeki kita sekeluarga ye sayang, doa ku panjat kan kepada Allah SWT...

Semoga B dan kawan2 selamat pulang dari sana..insyaAllah...

No comments:

Post a Comment